December 31, 2010

Selamat menyambut tahun 2011

Salam...

Selamat menyambut tahun 2011 untuk semua. Zura berdoa sgt tahun 2011 memberi kebahagiaan yg x terhingga untuk semua. Semoga perancangan yg kami rancang berjalan dengan lancar dan diredhai oleh Allah s.w.t.... Selain itu Zura berdoa tahun 2011 Zura akan lebih tabah menghadapi dugaan dan lbh baik dr tahun yg lepas.

December 29, 2010

Akhirnya.

Salam...

Sabtu lpas bersama Mr.Wk pergi survey kasut kat Sunway Piramid tapi x jumpa yang warna pink dan bertutup... So kitorg mengambil kesempatan hari Ahad pergi lak kat Jalan TAR, sambil2 2 kitorg singgah kat sogo. Alhamdullillah jumpa kasut warna yang dikehendaki, huh lega. Zura bertuah sgt, hanya 1 je kasut warna pink, saiz 4 dan yang paling bertuah sebab YES kasut 2 teramatlah murah. Harga x sampai RM 20.00 tp diperbuat dr pvc, bukan satin la...Kira ok la 2. Dpt gak cari. Macam x caya kan... Rezeki org nak kawen katakan... Nah, Zura bagi tgk ckit je tau. wink2.

December 22, 2010

Pink shoes for solemnisation

Salam...

Tension ni, sampai ke hari ni belum jumpa lagi kasut yang zura nak. Bila dah jumpa x da saiz lak...agggghhh. Dis weekend akan Zura usahakan lg. Sabar Zura... banyak lagi masa. hehehe ayat sedapkan ati. Kawan2 klu sapa2 yang terjumpa kasut kat kedai mcm ni bg tahu Zura erk. Janji warna pink dan saiz 4.

(sources: google images)

December 16, 2010

Kertas oh Kertas

Salam...

Sapa tahu beza crepe paper and tissue paper? Confius ni... Zura nak buat bunga telur tp dapat cari crepe paper je tissue paper x pnah org tahu lak.

December 13, 2010

Survey: Jalan- Jalan

Salam...

Minggu ni merupakan minggu paling kuat Zura pegi jalan... Sabtu lpas - pegi konvo adik Mr. WK, Ahad - Jalan TAR, Selasa - Mid Valley, Khamis - Putrajaya & Mid Valley, Sabtu - Shah Alam, Ahad - Mid Valley... Wah rajin giler Zura pegi Mid Valley. Ni gara berkenan kasut kat C&K tapi x da saiz...waaaaa. Sedey. Tapi yang paling best pegi kat Shah Alam, beli papan kek untuk jadikan bantal hantaran dan beli langsir untuk bilik pengantin. Zura beli kat Jakel... Harga murah sgt, Zura pilih kain jenis JC, harga x sampai pn RM 3.00/m... So ini lah hasilyer. Jeng3...:-)

Wedding shoes

Salam...

Alhamdulillah misi pencarian kasut untuk reception akhiryer berhasil... Dapat juga Zura beli kasut yang warna merah. Bagi Zura nak mencari warna mmg susah tapi yang paling susah nak cari saiz yang sesuai... Btl mmg susah nak cari saiz 4 beb... Tiap kali jumpa yang berkenan msti x ada saiz. Rasa nak nangis pn ada... sob3. Erm sapa2 yang beminat ngan kasut jenama Charles & Keith skrg ni mmg ada sale kat Mid Valley, tempat lain Zura x tau lak ada x. Harga mmg berbaloi, tp sayang kasut warna pink yang Zura nak untuk akad nikah x ada saiz... Waaaaa... susahyer untuk mereka2 yang kaki bersaiz kecil mcm Zura ni. X pe, Zura akan usahakan untuk dapatkanyer, byk lg kot kat kedai lain (huhu ayat untuk sedapkan ati sendiri). Ok ni Zura kasi nampak ckit mcm rupayer kasut yang bersaiz kecil ni... :-)

Bantal Hantaran.

Salam...

Minggu lepas pergi Jalan TAR... Cari bahan untuk DIY bantal hantaran. jeng3. Inilah dia hasilyer. Nati step nak buat Zura citer kat entry lain erk.