December 31, 2010

Selamat menyambut tahun 2011

Salam...

Selamat menyambut tahun 2011 untuk semua. Zura berdoa sgt tahun 2011 memberi kebahagiaan yg x terhingga untuk semua. Semoga perancangan yg kami rancang berjalan dengan lancar dan diredhai oleh Allah s.w.t.... Selain itu Zura berdoa tahun 2011 Zura akan lebih tabah menghadapi dugaan dan lbh baik dr tahun yg lepas.

December 29, 2010

Akhirnya.

Salam...

Sabtu lpas bersama Mr.Wk pergi survey kasut kat Sunway Piramid tapi x jumpa yang warna pink dan bertutup... So kitorg mengambil kesempatan hari Ahad pergi lak kat Jalan TAR, sambil2 2 kitorg singgah kat sogo. Alhamdullillah jumpa kasut warna yang dikehendaki, huh lega. Zura bertuah sgt, hanya 1 je kasut warna pink, saiz 4 dan yang paling bertuah sebab YES kasut 2 teramatlah murah. Harga x sampai RM 20.00 tp diperbuat dr pvc, bukan satin la...Kira ok la 2. Dpt gak cari. Macam x caya kan... Rezeki org nak kawen katakan... Nah, Zura bagi tgk ckit je tau. wink2.

December 22, 2010

Pink shoes for solemnisation

Salam...

Tension ni, sampai ke hari ni belum jumpa lagi kasut yang zura nak. Bila dah jumpa x da saiz lak...agggghhh. Dis weekend akan Zura usahakan lg. Sabar Zura... banyak lagi masa. hehehe ayat sedapkan ati. Kawan2 klu sapa2 yang terjumpa kasut kat kedai mcm ni bg tahu Zura erk. Janji warna pink dan saiz 4.

(sources: google images)

December 16, 2010

Kertas oh Kertas

Salam...

Sapa tahu beza crepe paper and tissue paper? Confius ni... Zura nak buat bunga telur tp dapat cari crepe paper je tissue paper x pnah org tahu lak.

December 13, 2010

Survey: Jalan- Jalan

Salam...

Minggu ni merupakan minggu paling kuat Zura pegi jalan... Sabtu lpas - pegi konvo adik Mr. WK, Ahad - Jalan TAR, Selasa - Mid Valley, Khamis - Putrajaya & Mid Valley, Sabtu - Shah Alam, Ahad - Mid Valley... Wah rajin giler Zura pegi Mid Valley. Ni gara berkenan kasut kat C&K tapi x da saiz...waaaaa. Sedey. Tapi yang paling best pegi kat Shah Alam, beli papan kek untuk jadikan bantal hantaran dan beli langsir untuk bilik pengantin. Zura beli kat Jakel... Harga murah sgt, Zura pilih kain jenis JC, harga x sampai pn RM 3.00/m... So ini lah hasilyer. Jeng3...:-)

Wedding shoes

Salam...

Alhamdulillah misi pencarian kasut untuk reception akhiryer berhasil... Dapat juga Zura beli kasut yang warna merah. Bagi Zura nak mencari warna mmg susah tapi yang paling susah nak cari saiz yang sesuai... Btl mmg susah nak cari saiz 4 beb... Tiap kali jumpa yang berkenan msti x ada saiz. Rasa nak nangis pn ada... sob3. Erm sapa2 yang beminat ngan kasut jenama Charles & Keith skrg ni mmg ada sale kat Mid Valley, tempat lain Zura x tau lak ada x. Harga mmg berbaloi, tp sayang kasut warna pink yang Zura nak untuk akad nikah x ada saiz... Waaaaa... susahyer untuk mereka2 yang kaki bersaiz kecil mcm Zura ni. X pe, Zura akan usahakan untuk dapatkanyer, byk lg kot kat kedai lain (huhu ayat untuk sedapkan ati sendiri). Ok ni Zura kasi nampak ckit mcm rupayer kasut yang bersaiz kecil ni... :-)

Bantal Hantaran.

Salam...

Minggu lepas pergi Jalan TAR... Cari bahan untuk DIY bantal hantaran. jeng3. Inilah dia hasilyer. Nati step nak buat Zura citer kat entry lain erk.


November 30, 2010

Kasut, beg dan perfume... Setel.

Salam...

Jumaat lepas teman akak ofis shopping kat mid valley... sambil 2 survey barang hantaran ape yang patut. Tut tut ari sabtu mr. Wk nak datang KL. Ape lagi terus shopping ngan dia ari sabtu tp bukan kat mid valley sebalikyer kat Sunway Piramid. Senang shopping kat sana, sbb banyak pilihan. Nak pe semua ada. Alhamdulillah harga pn ok. Byk dapat diskaun n dapat boucher lg. Kami berdua mmg tgu ujung tahun sbb ad banyak sale...suka...suka. Barang yang kami beli pn mmg pilihan ati yang diidamkan selama ni...huhuhu... Mgu ni mr. Wk datang lagi... part kedua akan diberitahu kemudian... tata.

November 25, 2010

Moga dimakbulkan doa.

Salam...


Berdebar2 ni... 13 hari lagi merupakan cabaran dan penentuan arah tuju kerjaya Zura... Takut, 1st time nak pegi interview untuk jawatan lecturer politeknik (PPPT DH 41) . Berdoa sgt Zura dapat jawab ngan elok n memenuhi ape yang panel nak. Kalau dapat InsyaAllah Zura akan lebih dekat ngan Mr.Wk sbb course yang Zura akan mengajar nati hanya ada di Kuantan dan Perak... Tapi x nak la kat Perak (berangan la 2 Zura, blum dpt lagi la...huhuhu). Zura risau gak ni sebab masa kat 'U' dlu ambik course lain and sekarang ditawarkan interview course lain. Tapi Zura akan berusaha sedaya upaya, klu x dapat 2 bukan rezeki kami. Klu dapat bermakna rezeki kami yang bakal mendirikan masjid la kan...hehehe.... Doakan Zura dapat jawab ngan baik and dapat jadi lecturer tau. Amin.

November 18, 2010

Tema dan Pelamin

Salam...

Alhamdullilah setel sudah perihal warna tema dan pelamin untuk majlis reception kami. So lepas ni zura hanya perlu proceed kerja yg seterusya.... nati nak DIY pomander ball and nak cari blink2 yang gantung kat bilik (blink2 x tau nama pe... so buh sendr je nama...huhuhu). Isnin lepas kami setelkan semua pasal pelamin ditemani Mek Lah a.k.a Zie. Nasib baik ada dia, boleh bagi pendapat, komen dan sbgai GPS kami sbb kami x tau tempat 2..... Thanks Lah. Pakej yang kami ambik termasuk pelamin moden, meja makan beradap, 3 persalinan dan 2 kali make up dan accesories (payung, kasut, crown, tudung, tempat letak bunga pahar and tempat merenjis). Bunga yang digunakan smu fresh flowers... (huhuhu i like). Pelik gak kan bila tudung pn disediakan? Kata Kak Za, diorg provide tudung coz x nak warna tudung x sama ngan baju yang akan dipakai nanti, 1 lagi dia x nak tudung yang Zura pilih terlalu crowded and nampak x cantik bila pakai ngan crown. Kata Kak Za lagi sapa yang nak pakai tudung bawal terpaksa beli sendiri sbb x disediakan.... Dia hanya sediakan tudung yang ada awning shj. Untuk kasut pula ada masalah ckit untuk Zura sbb saiz kaki Zura kecik...Saiz 4 jer. So kasut yang disediakan saiz 6&7. Kak Za nasihatkan Zura beli sendiri. InsyaAllah memang hajat di hati nak beli sendiri kasut. Nak yang tinggi ckit, maklumlah Zura ni 'rendang'...huhuhu.

p/s: Kak Za - org yang incharge pakej yang Zura ambik. Sorg yang sabar sgt ngan kerenah kitaorg. Thanks Kak Za.

November 12, 2010

Pencarian tudung episod 1

Salam...

3 hari lpas masa Zura ke web photoaura. Zura berkenan sangat tudung yang Nisa pakai sebab nampak ringan, senang dipakai, kemas and paling penting nampak selesa (confirm selesa sbb material yang digunakan kain chiffon... x panas berbanding kain lycra). Jom kita usha tudungyer + tuanyer yang cantik. Akan Zura usahakan untuk dapatkan tudung mcm ni....hehehehe
(Sources : Photoaura)

1st step

Salam...

Selepas sebulan survey, bincang ngan Mr.WK and buat appointment tiba masayer minggu depan kitaorg pergi ke butik pengantin dan jumpa OP. Hope semuayer berjalan ngan lancar. Banyak gak butik pengantin yang kami survey, doa2 sgt ada 1 yang berkenan di ati. Risau gak bila pikir pasal ni, atas nasihat kawan2 diaorg suh survey dlu btl2 sbb ramai yang terkena masa booking smu ckap boleh tp bila tiba masa tang 2 la x boleh lak. Pasal OP x kisah sgt, insyallah Zura akan ambik along yg penah Zura
post sebelum ni. Zura bukan pe, dah la jauh nak balik kampung so Zura guna sepenuhyer masa cuti + raya haji ni untuk buat persiapan (dengan kata lain nak jimat cuti utk thun dpan...hehehe). InsyaAllah lpas semua ni selesai baru Zura proceed yang lain. Smu benda Zura dah plan, checklist dah siap, tunggu nak dilaksanakan jer. Selepas ni zura kn kerja kuat, tinggal 6 bulan je lagi. Semoga Allah memberkati kami. Amin.

November 6, 2010

Warna Tema Kahwin

Assalamualaikum...

Dah sebulan tung tang tung tang ngan Mr. WK akhir sekali Mr.WK buat pilihan hatiyer...huhuhu berdebar2 tunggu kata putus dariyer. Dengan ini kitaorg membuat kata putus untuk memilih tema kawen kami adalah warna.......'tut'.... Tungguuuuuu. X leh cakap lagi, masa x sesuai... Nak kn pegi tgk dlu kat butik yang kami survey 2. Rasayer benda yang paling susah nak pilih warna tema. Pendapat Zura mesti x sama ngan Mr. WK. Tapi akhir sekali kami dah dapat kata sepakat. Alhamdulillah. Lepas dah bayar deposit pakej pelamin yang Zura nak nati baru la Zura akan buat pilihan yang lain. Klu x asyik terhalang jer sbb x fixkan lagi warna tema. X sabar nak tunggu mgu depan. Bila dah setel yang ni banyak benda boleh buat and proceed...dah datang dah mood x sabar Zura ni. Kuang3.

November 4, 2010

Pameran Pengantin at SACC

Assalamualaikum...



Pada 5-7 November 2010 di SACC diadakan Pameran pengantin. Jom kita pegi ramai2... Yang x nak jadi pengantin lg pn boleh pegi gak. Boleh survey dlu. hehehe.

November 1, 2010

OP revised 1

Assalamualaikum...

Aduh x abis2 lagi pasal OP... Hati zura berubah lagi bila baca entry b2b kat sini. Bila dipikirkan balik mmg btl lak ape entry 2 kata. Buat masa ni 1 Nov 2010 (11.30 am) ati zura nak ambik member masa blajar sek menengah a.k.a Along. Lagi pun dia dah lama Zura knl, masa kat u pn dia byk tolong Zura. So lagi senang nk posing mengada2, x yah malu2 hehehe. Pakej yang dia offer pn berpatutan and dia cover majlis nikah, sanding n bertandang skali. Tp my back up OP still Long (my cousin). Dengan ini diumumkan Zura punya OP n back up OP dua2 nama Along k. Harap2 kali ni ati Zura x berubah dah. Bak kata Mr.WK ati Zura ni slalu berubah2, sbb 2 dia x bagi zura beli hand bag n kasut buat masa skrg, takut Zura meroyan kat dia nak beli lain bila dekat nak kawen nati...kuang2. Erm btl gak kata MR.WK 2 tp ati Zura x penah berubah untuk dia tau. Auww.

October 29, 2010

Menerima ketentuan Qada & Qadar

Assalamualaikum...

Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah. (source: Wikipedia)

Bila baca ayat diatas baru aku sedar, kita hanya mampu berrsaha, yang seterusya kita serahkan pada Allah s.w.t. Penat kan klu kita berusaha sorg2 dan harapkan usaha yang kita buat 2 berjaya tp bila berkali2 usaha dan x berjaya oleh itu harus berserah pada qada dan qadar. Begitu juga pada jodoh... kita hanya merancang hanya Allah menentukan... Penah sorg kawan aku putus tunang, terlalu ramai org mengata dari menyokong tapi Alhamdulillah semua dihadapi dengan penuh sabar. Dia penah ckp
"aku dah penat untuk berusaha pertahankan hubungan 2 dan sekarang aku x mampu lagi nak berlari mahupn berjalan bersamayer, hati ini bukan milikyer lagi seterusya aku hanya mampu berserah pd qada & qadar"
. Sekian :-)

October 27, 2010

*Official Photographer*

Assalamualaikum...

Semua org nak cari OP yang terbaik kan. Semalam borak ngan cousin (Long) pasal benda ni, dia sebenaryer dlu seorg student photography masa diploma n degree tp skrg buat keje lain.... huhu kembali ke tajuk asal, sebelum ni dia ad rekomenkan OP untuk zura. Mula2 ingat nak ambik skali ngan pakej pelamin aritu... tp ati berbelah bagi lak....erm mcm mana ni??? So bagi cukupkan budget may b zura ambik skali ngan pakej kot... lagi pn boleh booking Long as non-OP zura... Boleh kan Long??? Long terer ape. hehehe.

October 26, 2010

221 hari lagi

Assalamualaikum...

Mengitung hari...banyak lagi dugaan yg perlu dihadapi... Ya Allah permudahkan urusan kami. Pagi tadi seorg staff kat ofis nak g Mekah... dengan baik atiyer dia suruh setiap org tuliskan doa untuk dia sampaikan di sana. Panjang sgt doa aku tulis. Mudah mudahan doa yg bakal aji doakan nati akan termakbul... Bukan mudah untuk berubah dalam idup ini... tp semua bnda boleh terjadi pabila doa seseorg itu dimakbulkan. Amin.

October 21, 2010

Inilah dicari selama ini.

Asslamualaikum...


(sources : JAIS)
Wahai si perokok insaflah kamu... Dan untuk insan yang paling disayangi tolong berenti merokok, ketahuilah ramai org yang menyayangi... (kata2 ni dituju khaskan untuk mr. Wan Kamaruzi)

October 20, 2010

Assalamualaikum...

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)

●Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
●Isi borang dengan lengkap.
●Lampirkan dokumen yang berkaitan
●Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN

●Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
●Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar / Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
●Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
●Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
●Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
●Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
●Surat perakuan cerai
●Surat daftar kematian
●Sijil kursus pra perkahwinan
●Surat perakuan memeluk Islam
●Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
●Surat akuan Sumpah
●Surat kebenaran daripada imigresen
●Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempaun 16 tahun)
●Surat kebenaran berkahwin secara poligami
●Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias

Semua info ni zura dapat kat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Tp yng confiusyer masa g kursus kahwin kat shah alam aritu penceramah ada ckp klu anak sulung seperti zura n mr.WK kn bg sijil nikah kahwin mak dah ayah untuk memastikan yang kami anak sah taraf @ tak.....tp kat cni x mention pn....Erm klu sapa2 ad info pasal ni bgth zura erk... erm kn byk mengoogle lagi ni...hulk...hulk.

Checklist Kedua

1. Nikah, sanding & bertandang date
- nikah and sanding confirm… bertandang not yet.

2. Kursus kahwin & legal docs
- Kursus kahwin : done
- Hiv test : belum… paling awal 3 bln sblm kawen.
- borang : belum

3. Venue
- Nikah : Masjid… imam kat kg x suggest nikah kat umah.
- Sanding : Home
- Bertandang : Home

4. Catering & canopy
- Rewang only

I'm too trusting

i hate someone lie me.

October 19, 2010

Asmara yang pertama

Assalamualaikum...

Ehem2 jgn salah fhm bila baca tajuk tdi... Pagi tdi aku baru baca 1 novel keluaran creative enterprise. Best citeryer, bagaikan mmberi aku kekuatan untuk teruskan hari yang mendatang. Semua perkara/bnda boleh jdi, yg penting kita mampu hadapiyer w/pun teramat sukar pada permulaanyer.... Lama2 kita dah boleh terima hakikat. Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan yg x akan goyah untuk aku terus berdiri. Amin.

October 18, 2010

Kasut and Handbag

Assalamualaikum,

Sabtu lpas g Pavillion ngan ex-site office dlu(erm ktorg company lain tp duk site jdi 1 team, geng consultant yg paling otai...huhuhu). G sana sbnaryer nak g survey site coz company br dia nak bt extension pavillion. Sambil2 2 ktorg window shopping. Best sgt shpng kat sna coz byk brg branded yang boleh buat hantaran. (tobat aku x beli brg branded klu smata2 nak dtg opis je, membazir... g keje pn jln kaki jer, bkn naik kete BMW pn nak melawa) huhuhu. Dah ckp kat Mr. WK dah nak beli kasut n handbag kat sana.... macam biasa dia ckp nati kte g erk. Paling best dia siap tnya aku btl ke nak bnda tu, dia x caya sbb slalu aku brubah ati... tuptup time dkt nak kawen nati aku nak yg lain lak. (erm bila pk balik btl gak ape Mr.WK ckp...pk balik la nati bila nak beli...huhuhu). Thanks 2 my WK coz mmahami jiwa tunangmu ni....kuang2.

October 15, 2010

Hati berdebar2

Assalamualaikum...

Tbe2 mula terasa bdebar2 jer. Takut pn ad bila tgk checklist. Byk benda x buat lagi. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Amin2.

Tema Warna.

Assalamualaikum...

Dah semiggu berfikir akhiryer memilih warna tema pink+ purple+ white. Itu keputusan mukatamad. Semoga Allah memberkati perancang yang kami buat ni. Amin.

Checklist bride 2 be:

1. Wedding theme - already decide (modern wedding)
Seperti pilihan hati pink+purple+white.

2.Pelamin - half way-
Appointment with Kak Za early December. Pakej yang dah survey (pelamin ekslusif moden+hiasan bilik+meja makan beradap+photography)

3. Baju.
Baju nikah
- pearl white (baju kurung moden). Hantaran masa tunang aritu. Mmg plan beli untuk hantaran tunang and baju akad nikah

Baju sanding
Not decide yet - 1 dah decide (pink purple)
2 lagi belum decide, may be white+red and pink + light blue.
Baju semua mama jahit so x jah risau sbb mama mmg tukang jahit.

Tudung.
Blum beli lagi. Bila confirm baju warna ape nak pkai baru beli. Dah decide nak beli kat Ariani and suh cousin jahit manik yg blink2 byk2 ckit.

3. Hantaran.
For him - dah decide nak beli ape. Tunggu sales masa ujung tahun nati. Jimat ckit... huhuhu.

For her - ditto.
Gubahan hantaran akan dibuat sendiri - insyaAllah tangan x keras kot.

4. Door gift - half way -
Already booking, deposit dah bayar. Tempah kat Pasir mas, murah sbb jdi ahli. Jimat duit. huhuhu. ambil masa balik raya cina nanti. Juz perlu letak reben.

5. Kad kahwin -pending-
Masih dalam process survey. Nak tempah kat klantan, kwn ckp murah juz perlu beli kad kosong and upah cetak RM 50(unlimited print+add pic) Hope jimat separuh dari budget.

3. Photographer.
Temasuk dalam pakej pelamin.

October 11, 2010

Convocation :-p

Assalamualaikum...

10.10.10 adik zura convo kat UPM. 1st time g convo kat U lain. Biasa tgk convo kat UiTM dihatiku jer...hehehe. So far ok la. Tempat dia luas and byk tempat utk bergambar. Semalam kitaorg upah jurugambar x bertauliah iaitu Mr. WK. Credit utkyer.

October 8, 2010

Door gift

Assalamualaikum...

Semalam zura dah setelkan separuh pembelian door gift:-
1) Dah decide mana pilihan ati. Mr. WK pn dah setuju.
2) Pembayaran deposit telah dibuat.
3) Warna telah dipilih.
4) Tarikh untuk ambil telah ditetap.

Next step akan diberi tahu kemudian...wink2.

X jadi diet.

Assalamualaikum...

Malam ni mama dtg, dia siap ckp nak bwk budu, tempoyak and sambal. Klu org bandar x mkn la tp aku ni la makanan paling heaven tuuuuu... Erm sedapyer klu boleh mkn nasi panas + telur goreng + budu + tempoyak. 2 pinggan aku boleh tambah.







Sources: google image

October 6, 2010

Tayang muka sendiri lak... Family day Ep. 3

Assalamualaikum...

Tdi tayang muka ramai2. Ni nak tayang muka 2 dara pinggitan bersama mak budak.

Family day Ep. 2

Assalamualaikum...

X nak bebel byk. Nak tunjuk gambar jer... gambar boleh mengambarkan segalayer. huhuhhu.



Anak2 mendengar peraturan permainan.



Anak2 beratur untuk memulakan permainan.



Para2 juri kumpul nama pemain.



ayah2 memerhatikan anak2 bermain.



Sesi minum petang selepas penat bermain.



Juri umumkan pemenang



Asal tembab sgt aku ni...wink2

October 4, 2010

Family day Ep. 1

Sabtu minggu lpas company buat family day kat Pedas Linggi, erm kat sempadan Melaka and Negeri Sembilan. Zura pn confuse samaada tempat zura g 2 Melaka@ N9. Seronok sgt. Sekarang busy so x leh nak upload gambar lagi. Sok zura update N3 and gambar.

Gud Luck 2 my brother, Interview at UPM today

Assalamualaikum...

Adik zura baru sampai KL pagi tdi... dia dtg tuk convo Ahad nati. Tiba2 dpt col from UPM suh g interview tengah ari ni. May b rezki dia, dtg je dpt intw. Hope dpt keje 2 sbb org yg col dia ckp peluang untk dpt tinggi. Dia x pnh pn isi borang keje kat sana may UPM panggil sbb dia student sana and active masa kat kolej dlu.... Ya Allah mudahkan rezki adikku... Hope dia dpt keje 2. Amin.

October 1, 2010

:::Stop:::

Assalamualaikum...

Stop update 4 a while.

Sleepy

Assalamualikum...

Rasa ngatuk sgt arini, busy sgt2. Aku teringin sgt nak jadi watak dlm sleeping beauty yg citer disney 2. Nak tidur lama2, klu boleh x nak bangun dah sampai jumpa org yang btl2 syg aku. Pas 2 bila bangun aku lupakan segala masa2 dlu yg menyakitkan. Alangkah bagus klu kita dapat reset atau padamkan semua memory mcm PC yang aku gunakan skrg ni. Bila x nak jer aku delete.... Yang pasti aku nak delete dlm recycle bin skali. Biar x leh nak ambik balik dah sampai bila2. Aku x nak semua memory yg dlu. Mesti best kan. Ahhhh ngantukyer. Nak sgt tdo n jdi sleeping beauty, pnat yg teramat sgt.

September 27, 2010

NO SMOKING PLEASE

Assalamualaikum...



Bayangkan anda x penah merokok tp menghidu asap rokok tiap2 ari. Itu bermakna anda cuba membunuh diri anda perlahan-lahan tanpa disedari. Itu yang berlaku skrg... Asal la diorg isap rokok tanpa hiraukan org lain. Diorg x nampak kesan 2 sbb bukan anak bini diorag yang kena.

Ni antara kesan asap rokok kepada org lain yg penah aku baca dlm infosihat:

1) Pesakit-pesakit jantung lebih mudah mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok.

2) Pesakit-pesakit asma turut juga menghadapi kesulitan untuk bernafas apabila terdedah kepada asap rokok.

3)Rakan-rakan sekerja. Mereka yang bekerja dengan perokok untuk jangkamasa yang lama boleh mengalami kerosakan paru-paru.(kanser)





(Sources: Kementerian Kesihatan Malaysia)

September 24, 2010

Ni la keje aku untuk bulan ni.

Assalamualaikum...



Bila aku pikir balik menyesal aku main2 masa blajar dulu. Masa subject project management buat blur2 and then sampai skrg blur trus. Bkn ape lecturer yang mengajar 2 baik sgt. Class 2 jam tp blajar sejam jer. Aku suka sgt bila lect ckp 'dah2 la korang belakonyer, balik2 la'...huhuhu. Apa lagi horeyyy la kitorg. Tapi paling aku kesal bila dpt markah rendah time buat tesis. Haram x paham tajuk... main taram jer buat. Nasib baik lulus (terer la gak). Ok, ni la keje aku bt sebenaryer.

September 23, 2010

Makan oh makan.

Assalamualaikum...




Huhhh tension betol bila lpas raya... byk sgt open house. Balik kmpg masa raya naik 2kg and bila balik KL ni plak byk pulak open house naik lg... may b 3kg kot(alamak bleh pengsan aku). X tahan betol aku ngan godaan makanan. Pagi tadi makan nasi himpit, tengah hari makan nasi beriani, petang makan sate samuri lg tau....ermmm mlm nati mesti makan lagi... Zura ko kn tahan.... tahan2, jangan mkn dah...huuuaaaaa.

September 21, 2010

Site vs Office



Cuba teka mana 1 tangan Zura and mana 1 tangan Mr. WK... Mesti tngan Mr. WK yang gelap ckit 2 kan (ckit ke????).... huhuhu. Kesian org yang kerja site, terpaksa berpanas... Sekarang ni project yg Mr. WK handle dah install roof so ok la ckit klu dlu lagi gelap. Wink2.

September 20, 2010

Ada hal la pulak.

Assalamualaikum...

25hb September 2010 Kak Icha kawen... ingat nak tapi bile tgk balik calender 'alamak aku ad exam NIOSH la ari ahad'... aduiiii. Mmg ari berlainan tapi kenduriyer kat Temerloh... jauh tuuuuuu.

September 17, 2010

Bosanyer...

Hari ke-2 hari bosan sedunia... kat opis x sampai 10 org je pagi and 5 orang bila petang menjelma. Ya Allah x sabaryer aku nak blik umah. Bukan malas nak keje tapi x da mood giler. Rasa nak menjerit je, dah la kat unit aku mmg aku sorg je yang kerja. Kat umah sama gak x tau nak buat ape sok and lusa. Tapi paling kurang aku dapat tido..zzzzzzzz... Tensionyer... bila tension mula la aku makan... so ape lagi badan aku mengembang 2 kali ganda. Seminggu dok kg berat naik 2 kg... Mak oiii sakan aku makan... Lagi tension dibuatyer... Tolongggg.

September 15, 2010

Nangis lagi

Assalamualaikum...

Isnin last week zura ad tertengok 1 blog ni. Sedey sgt, seorg ibu create blog untuk anakyer yang telah pergi. Mula2 ingat nak baca tapi busy sgt sbb nak kena abiskan kerja sblm balik raya. Baca pun dah nak nangis dah... bila scroll ke bawah lagi trus jahut air mata ni... Terus zura x jdi baca. X nak la nanti org tgk malu. Arini zura berkesempatan baca ckit utuk ilangkan boring buat kerja tapi air mata x berenti2 kuar. Eeeeiii x sukayer. Air mata jangan la kuar org nak baca ni.... Korang nak nangis gak erk... Jom baca blog ni http://mayyonnizz.blogspot.com. Takziah untuk keluarga arwah. Untuk ibu Alanna tabahkan hatimu, sebenarya bidadari kecil itu hanya pergi sebentar, Diakhirat nanti dia akan sentiasa disisimu. Al- Fatihah.

kembali bekerja

Assalamualaikum...

Pendek je entry arini... dah start keje dah arini tapi bosan sbb smu org cuti lagi tapi aku terpaksa berkorban. Simpan cuti nak kawin...huhuhu

September 3, 2010

Noami Long Sleeve Maxi Cotton

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, arini beli online baju yang i ckp kat atas tdi. Seronok sgt. Nak tunjuk bju 2 tapi tuan punya blog x bagi nak copy. X pe, nati dah dpt baju 2 i tunjuk kat korang k. Erm mesti tertanya2 baju mcm mana kan. Ala, baju mcm citer 'Na O Mei'...huhuhu. Dah lama i nak beli tp ni baru dapat sbb susah nak cari yang long sleeve. Mr.WK x bagi beli sebenaryer tapi bila dipujuk and ckp baju 2 lengan panjang dia bagi gak.Thanks Mr. WK.

September 2, 2010

Banyakyer barang.

Assalamualaikum...

Erm gah pikir ni mcm mn nak wak balik barang yang banyak. Dah la naik bus g kuantan and baru balik umah. Nak susahkan Mr. WK datang ambik barang mcm pelik lak, x kan dia nak datang and patah balik kg lak. Hish serabut btl otak ni.. Tlgggggggg...

August 30, 2010

Opps jangan pegang2...

Assalamualaikum...

Pagi tadi dah post entry tapi bila tertengok gambar kat dlm pendrive tibe2 rasa nak kongsi ngan smua orang lak. Kejadian ni berlaku 4 bulan lepas. Jeng3 :-D

1) Mula macam tumbuh jerawat kat atas kelopak.

2) Bila dah 2, 3 hari tumbuh and terikir asal la benda alah ni x ilang2, so tangan ni mula mngatal nak sentuh.

3) Seminggu lpas 2 benda alah ni makin besar. Kawan ckp "Zura, ape kata ko cucuk je ngan jarum jerawat ko 2, baru ilang" And ngan selambayer aku buat. Tapi masyaAllah darah x berenti kuar dekat 1 jam. Terpaksa aku berentikan pengaliran darah ngan ais.

4) Selepas kejadian 2, makin hari makin besar dan jadi la macam ni... toing2.





5) Paling sedey kejadian ni berlaku time aku nak tunang tapi nasib baik mak andam pandai mekap so x nampak la sgt.



6) 2 minggu lepas tunang disebabkan benda alah ni makin besar aku pegi hospital and doctor suh operate. Aiiiyok, macam 2 sekali sih.Doctor kata lg benda alah ni makin besar sebab luka yang x sembuh2 dan then urat pn membengkak. Akhir skali kn la 2 jahitan.



8) Sekarang dah okkkk wink3. Alhamdulillah.



Moral value yang yang nak kongsi bersama ialah:_
- Jangan gatal2 tangan nak pegang bila naik jerawat k.
- Jangan cucuk ngan jarum.
- Nampak benda kecik tapi besar kosyer (operation cost=RM1000++ tau. Huhuhu

Bila hari ke-20 Ramadan

Assalamualaikum...

Alamak dah nak raya dah ke? Banyakyer benda kn wak balik kg errmmm...sambil termenung pikir:

1. Biskut raya (beli kat jalan TAR)
- Almond London
- Chocolate cookies
- Semperit (erm x sure la ejaan btl x...kuang3)
- Tat nenas (wajib...my favourite 2)
- Biskut gajus
- 1 biskut bunga warna warni (aku x tau nama pe..hish mcm mana boleh lupa ni zura)






2. Kacang (yang ditempah khas dr anis)
- Kacang campur2 (sama gak x tau nama)
- Kacang crispy
- Kacang pedas.

3. Kerepek bawang.

4. Simpul kasih(popia simpul)
- Janji ngan mama nak buat, dia siap kirim serunding dari kg lagi.

5. Kek gula hangus (favourite mama) 1 tuk mama, 1 tuk bakal mak mertua.

6. Kuah Kacang
- Raya tahun ni paling aku suka sbb x yah buat kuah kacang lagi sbb dah jumpa kuah kcang yang siap2 dah, juz campur ngan air and masak jer... selamat.

7. Daging rusa - beli kat ofis. teringin nak makan. Semua org ckp sedap.

8. Tudung tuk mama & bakal mak mertua.

Ouhh, bila aku tengok senarai ni byk la lak kn wak balik. Nasib baik biskut raya dah kirim kat adik buat balik so kira ok la ckit... lega.

August 27, 2010

Rahsia 13

Assalamualaikum...

Arini nak kongsi ngan kawan2 berkaitan rahsia solat yang dikongsi oleh JAKIM.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

August 26, 2010

Dah Sembuh

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kaki dah sembuh sepenuhya arini. Terima kasih untuk Kak Su yang recommendkan Kak Tini yang mejadi tukang urut kaki aku. huhuhu. Pagi tadi datang lewat kerja tapi nasib baik kaki dah sembuh so dapat la sampai cepat ckit. Aku ni suka datang keje ngam2. Maklumla umah aku dekat ngan tempat keje.



(5 minit selepas diurut - yang merah2 tu2 luka masa terjatuh and kena batu... sakit tau :-P)

August 24, 2010

Today is my brother besday



Hepi besday to u... hepi besday to u... huhuhu

Arini besday adik aku yang no. 3. Malam tadi lagi aku dah mesej dia tuk wish. Time 2 dia gah buat assignment. Asal la tibe2 mamat ni rajin lak malam2 ni. Biasa punya la malas nak blajar. Dah insaf kot.kuikuikui. Hope dia hepy today, wish him gud luck and may Allah bless him.

p/s: Jangan cari awek, blajar rajin2 dlu.

Terseliuhyer kakiku

Assalamualaikum....

Dah 2 hari aku berjalan terhinjut - hinjut. Kaki sakit. Bengkak kaki sampai nak jalan pun susah. Ni tangga punya salah. Ceh diri sendiri x salah 2. hehehe. Semalam dapat MC 1 hari jer and arini terpaksa la menapak datang kerja. Rajin kan aku. kihkihkih. Bila orang yang x penah kena msti cakap mengada2 tapi bila dah tau baru tau sakit sampai nak tido malam pun x boleh. Bila sakit jer aku rindu kat Mama and Mok(nenek), diorang slalu jaga aku bila sembuh. Sedey. Jap lagi nak jumpa sorang mak cik ni, nak tolong urutkan kaki. Hope cepat sembuh w/pun tanpa Mama disisi. Sobsobsob.

August 17, 2010

Sedey

Assalamualaikum...

Dari pagi tadi sampai skrg pukul 1.45 pm hujan masih lagi turun. Hujan ni macam tahu2 jer aku sedey. Sedey nak buka puasa sorg2 x da org teman, sedey mcm mana nak balik kg raya n sedey mcm mana nak menghadapi org yang slama ni x penah lekang dari membuat aku rasa kesakitan yg teramat sgt. Ketepikan semua 2 tapi yang penting arini aku nak nak buka puasa ngan sambal taun (terung goreng + cili + asam jawa). Sedapyer. Mesti tambah nasi ni. Tak Nakkkkk, nati makin tembam.hehehe

August 16, 2010

Kucing naik Lift

Assalamualaikum and good morning...

Pelik kan bile tgk tajuk pagi ni, kucing naik lift. Betul, aku baru je jumpa pagi tadi masa nak masuk lift tbe2 aku tgk dia kuar. Bukan tingkat yang rendah tau, ni tingkat belas2 lagi. Moden kan sekarang ni, kucing pun pandai. May b pagi tadi lift t'buka kot so dia masuk then bila sampai level aku dia kuar la. hehehe. Tapi cian lak dia nak turun, msti penat kan.

August 13, 2010

2 bulan sudah berlalu

Assalamulaikum...

Sudah 2 bulan aku bergelar tunangan orang, and rasa x sabar rasayer nak buat persediaan kawen (buat persediaan kawen tau bukan gatal nak kawen huhuhu). Ikut dari perkiraan dari tarikh yang ditetapkan masih tinggal 9 bulan lagi. Erm, 9 bulan tu bukan lama sangat pun, pejam celik pejam celik sampai tarikh yang ditetapkan. Untuk persediaan awal aku dah buat antarayer:

1) Dah setahun beli majalah pesona pengantin sebagai panduan utama. Banyak tau manfaat bile beli majalah 2. Kalau boleh semua nak sama macam dalam majalah.



2) Google pasal kad kahwin, pakej butik pengantin kat kelantan, fotographer and door gift.

3) Tema kahwin. Pasal ni yang susah ckit sbb aku punya favourite warna banyak sangat. Sebelum tunang nak tema merah putih tapi sekarang macam nak tema pink purple lak (confirm Mr. WK x nak sbb dia ckp nampak mcm perempuan... malu la 2)

Arini ari ke-3 puasa tapi skrg dah pukul 5.15 pm tapi belum balik lagi. Malas nak balik umah sbb x da sape pun kat umah, terpaksa buka puasa sorg2. Tunang? x da kat KL, dia keje jauh. Ingat buka puasa nanti nak beli makanan kat bazaar ramadan je la. Ala, sorang jer so beli lagi senang. Jauhyer aku lari dari topic, by d way ramadan kali ni buat pertama kaliyer aku puasa sebagai seorang tunangan orang. Hehehe. Hope minggu depan dapat puasa ngan Mr. WK. Amin.

July 23, 2010

Sebuah Permulaan.

Assalamualaikum w.b.t

Salam perkenalan untuk smu, erm arini dah sebulan lebih aku create blog ni tp x tahu nak tulis ape. Buat bolg ni pn sbb suka tgk and baca blog org lain yang aku sendiri x kenal. Tapi best la blog diorg tu. Now, aku dah ad blog sendiri, klu boleh nak tulis semua pasal kehidupan, kerja, zaman blajar dulu2 and semua la pasal aku.kuikuikui.