August 30, 2010

Opps jangan pegang2...

Assalamualaikum...

Pagi tadi dah post entry tapi bila tertengok gambar kat dlm pendrive tibe2 rasa nak kongsi ngan smua orang lak. Kejadian ni berlaku 4 bulan lepas. Jeng3 :-D

1) Mula macam tumbuh jerawat kat atas kelopak.

2) Bila dah 2, 3 hari tumbuh and terikir asal la benda alah ni x ilang2, so tangan ni mula mngatal nak sentuh.

3) Seminggu lpas 2 benda alah ni makin besar. Kawan ckp "Zura, ape kata ko cucuk je ngan jarum jerawat ko 2, baru ilang" And ngan selambayer aku buat. Tapi masyaAllah darah x berenti kuar dekat 1 jam. Terpaksa aku berentikan pengaliran darah ngan ais.

4) Selepas kejadian 2, makin hari makin besar dan jadi la macam ni... toing2.





5) Paling sedey kejadian ni berlaku time aku nak tunang tapi nasib baik mak andam pandai mekap so x nampak la sgt.



6) 2 minggu lepas tunang disebabkan benda alah ni makin besar aku pegi hospital and doctor suh operate. Aiiiyok, macam 2 sekali sih.Doctor kata lg benda alah ni makin besar sebab luka yang x sembuh2 dan then urat pn membengkak. Akhir skali kn la 2 jahitan.



8) Sekarang dah okkkk wink3. Alhamdulillah.



Moral value yang yang nak kongsi bersama ialah:_
- Jangan gatal2 tangan nak pegang bila naik jerawat k.
- Jangan cucuk ngan jarum.
- Nampak benda kecik tapi besar kosyer (operation cost=RM1000++ tau. Huhuhu

Bila hari ke-20 Ramadan

Assalamualaikum...

Alamak dah nak raya dah ke? Banyakyer benda kn wak balik kg errmmm...sambil termenung pikir:

1. Biskut raya (beli kat jalan TAR)
- Almond London
- Chocolate cookies
- Semperit (erm x sure la ejaan btl x...kuang3)
- Tat nenas (wajib...my favourite 2)
- Biskut gajus
- 1 biskut bunga warna warni (aku x tau nama pe..hish mcm mana boleh lupa ni zura)






2. Kacang (yang ditempah khas dr anis)
- Kacang campur2 (sama gak x tau nama)
- Kacang crispy
- Kacang pedas.

3. Kerepek bawang.

4. Simpul kasih(popia simpul)
- Janji ngan mama nak buat, dia siap kirim serunding dari kg lagi.

5. Kek gula hangus (favourite mama) 1 tuk mama, 1 tuk bakal mak mertua.

6. Kuah Kacang
- Raya tahun ni paling aku suka sbb x yah buat kuah kacang lagi sbb dah jumpa kuah kcang yang siap2 dah, juz campur ngan air and masak jer... selamat.

7. Daging rusa - beli kat ofis. teringin nak makan. Semua org ckp sedap.

8. Tudung tuk mama & bakal mak mertua.

Ouhh, bila aku tengok senarai ni byk la lak kn wak balik. Nasib baik biskut raya dah kirim kat adik buat balik so kira ok la ckit... lega.

August 27, 2010

Rahsia 13

Assalamualaikum...

Arini nak kongsi ngan kawan2 berkaitan rahsia solat yang dikongsi oleh JAKIM.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

August 26, 2010

Dah Sembuh

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kaki dah sembuh sepenuhya arini. Terima kasih untuk Kak Su yang recommendkan Kak Tini yang mejadi tukang urut kaki aku. huhuhu. Pagi tadi datang lewat kerja tapi nasib baik kaki dah sembuh so dapat la sampai cepat ckit. Aku ni suka datang keje ngam2. Maklumla umah aku dekat ngan tempat keje.



(5 minit selepas diurut - yang merah2 tu2 luka masa terjatuh and kena batu... sakit tau :-P)

August 24, 2010

Today is my brother besday



Hepi besday to u... hepi besday to u... huhuhu

Arini besday adik aku yang no. 3. Malam tadi lagi aku dah mesej dia tuk wish. Time 2 dia gah buat assignment. Asal la tibe2 mamat ni rajin lak malam2 ni. Biasa punya la malas nak blajar. Dah insaf kot.kuikuikui. Hope dia hepy today, wish him gud luck and may Allah bless him.

p/s: Jangan cari awek, blajar rajin2 dlu.

Terseliuhyer kakiku

Assalamualaikum....

Dah 2 hari aku berjalan terhinjut - hinjut. Kaki sakit. Bengkak kaki sampai nak jalan pun susah. Ni tangga punya salah. Ceh diri sendiri x salah 2. hehehe. Semalam dapat MC 1 hari jer and arini terpaksa la menapak datang kerja. Rajin kan aku. kihkihkih. Bila orang yang x penah kena msti cakap mengada2 tapi bila dah tau baru tau sakit sampai nak tido malam pun x boleh. Bila sakit jer aku rindu kat Mama and Mok(nenek), diorang slalu jaga aku bila sembuh. Sedey. Jap lagi nak jumpa sorang mak cik ni, nak tolong urutkan kaki. Hope cepat sembuh w/pun tanpa Mama disisi. Sobsobsob.

August 17, 2010

Sedey

Assalamualaikum...

Dari pagi tadi sampai skrg pukul 1.45 pm hujan masih lagi turun. Hujan ni macam tahu2 jer aku sedey. Sedey nak buka puasa sorg2 x da org teman, sedey mcm mana nak balik kg raya n sedey mcm mana nak menghadapi org yang slama ni x penah lekang dari membuat aku rasa kesakitan yg teramat sgt. Ketepikan semua 2 tapi yang penting arini aku nak nak buka puasa ngan sambal taun (terung goreng + cili + asam jawa). Sedapyer. Mesti tambah nasi ni. Tak Nakkkkk, nati makin tembam.hehehe

August 16, 2010

Kucing naik Lift

Assalamualaikum and good morning...

Pelik kan bile tgk tajuk pagi ni, kucing naik lift. Betul, aku baru je jumpa pagi tadi masa nak masuk lift tbe2 aku tgk dia kuar. Bukan tingkat yang rendah tau, ni tingkat belas2 lagi. Moden kan sekarang ni, kucing pun pandai. May b pagi tadi lift t'buka kot so dia masuk then bila sampai level aku dia kuar la. hehehe. Tapi cian lak dia nak turun, msti penat kan.

August 13, 2010

2 bulan sudah berlalu

Assalamulaikum...

Sudah 2 bulan aku bergelar tunangan orang, and rasa x sabar rasayer nak buat persediaan kawen (buat persediaan kawen tau bukan gatal nak kawen huhuhu). Ikut dari perkiraan dari tarikh yang ditetapkan masih tinggal 9 bulan lagi. Erm, 9 bulan tu bukan lama sangat pun, pejam celik pejam celik sampai tarikh yang ditetapkan. Untuk persediaan awal aku dah buat antarayer:

1) Dah setahun beli majalah pesona pengantin sebagai panduan utama. Banyak tau manfaat bile beli majalah 2. Kalau boleh semua nak sama macam dalam majalah.



2) Google pasal kad kahwin, pakej butik pengantin kat kelantan, fotographer and door gift.

3) Tema kahwin. Pasal ni yang susah ckit sbb aku punya favourite warna banyak sangat. Sebelum tunang nak tema merah putih tapi sekarang macam nak tema pink purple lak (confirm Mr. WK x nak sbb dia ckp nampak mcm perempuan... malu la 2)

Arini ari ke-3 puasa tapi skrg dah pukul 5.15 pm tapi belum balik lagi. Malas nak balik umah sbb x da sape pun kat umah, terpaksa buka puasa sorg2. Tunang? x da kat KL, dia keje jauh. Ingat buka puasa nanti nak beli makanan kat bazaar ramadan je la. Ala, sorang jer so beli lagi senang. Jauhyer aku lari dari topic, by d way ramadan kali ni buat pertama kaliyer aku puasa sebagai seorang tunangan orang. Hehehe. Hope minggu depan dapat puasa ngan Mr. WK. Amin.